KEGAGALAN bukanlah bererti anda seorang yang gagal,
Ia hanyalah bererti anda masih belum Berjaya lagi
Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa,
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu
Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh Kerana mencuba,
Ia bererti anda berani, anda berhati teguh,
Bersemangat waja – berbanggalah dengan diri anda
kegagalan bukanlah bererti anda tewas,
namun bermakna anda diberi ruang
untuk menyedari kelemahan diri dan memperbaikinya,
Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan Berjaya,
Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit lagi masa
Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang,
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula;
mencuba sesuatu yang baru
Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda
Ia hanyalah bermakna dia mempunyai rancangan yang lebih baik untuk anda.
Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah muktamad!!
kegagalan mendewasakan kita....
ReplyDeletekejayaan membahagiakan kita...
namun apa yg pasti ialah bersama lebih baik dari bersendirian :)
kita delegasi pencentus revolusi :) jadiiii ayuh bangkit timba sejuta pengalaman demi menjadi guru yg terhebat !!!!
Yezza,agree with Aishiteru_nzee:)..."TOGETHER WE ACHIEVE MORE!!!" :)
ReplyDeletesenYum..x perlu kata apa2..=)
ReplyDeletekejayaan bukan segalanya tapi pengalaman penting diadaptasikan dalam hidup seseorang itu..tiada pengalaman tiada yang lebih baik dapat dilakukan pembelajaran menerusi pengalaman dapat menambah inti kejayaan dengan teguh dan kukuh semangat untuk mencapainya....
ReplyDeletesaya sokong menteri ketiga,perdana menteri & sifu saya..hehee...cayalahhh....<3 stay strong ol my friend <3
ReplyDelete