Sunday 1 May 2011

Berjaya VS Gagal : wordisword ^___^


KEGAGALAN bukanlah bererti anda seorang yang gagal,
Ia hanyalah bererti anda masih belum Berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa,
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh Kerana mencuba,
Ia bererti anda berani, anda berhati teguh,
Bersemangat waja – berbanggalah dengan diri anda

kegagalan bukanlah bererti anda tewas,
namun bermakna anda diberi ruang 
untuk menyedari kelemahan diri dan memperbaikinya,

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan Berjaya,
Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit lagi masa

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang,
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula; 
mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda
Ia hanyalah bermakna dia mempunyai rancangan yang lebih baik untuk anda.

Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah muktamad!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...