Friday, 2 December 2011

Kami Sayang Mentor Kami

KAMI SAYANG BONDA!

Inilah Mentor Kami.. Amacam Cantik kan? Nama diberi Puan Siti Halimah Md.Yassin.. Asal dari Bandaraya bersejarah =)





Credit pic to Zara..



Kami bersyukur dapat mentor macam Puan.. Bukan setakat pensyarah, tetapi Bonda kami.. =)

SAYANG BONDA!!


Wajah Baharu Cik Blog

Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua... ^_*

Lama tak jumpa kan? Hehe.. Apa Khabar semua..Harap2 semuanya sihat-sihat belaka..
Maaf sebab sebeum ni blog ni tak dapat buka.. Sebabnya, kami bagi private blog ni.. Blog ni p touch up kat Spa Q.. Macam orang juga, kalau nak ganti baju x boleh di khalayak ramai.. Malu lah nah cik Blog A+ ni kalu org tengok dia ganti baju.. hehe..Apa yang Cikgu Merapu ni..hehe

Okay, berbalik kepada pokok pangkal tajuk entri kali ni, " WAJAH BAHARU CIK BLOG?" Eh, Cik kah? Mana2 pun boleh.. Mr.pun bole..Dato pun boleh..hehe.. (mengada!) Alhamdulillah, dengan izin dan bantuan ALLAH S.W.T akhirnya Cikgu dapat juga update blog ni selama 1 setengah hari ,1 malam..

Mula2 sekali mesti lah cari baju dulu kan.. Nah, kalu dulu tema warna putih merah.. Kali ni temanya " UNGU+BIRU+PINK" Kesian bah, hai tu raya xda ganti baju.. Sempena Awal Maharram ni dapatlah juga ganti baju baharu..Hahaha.. Maaf xda gambar nak tunjuk baju lama..( sian, habis manis sepah dibuang) Anak2 murid di luar sana, jangan ikut perangai ni ya..^_*






Pastu, cuba usha header blog ni? Amacam? Setelah menghasilkan beberapa header, akhirnya header atas tu juga yang menjadi pilihan hati.. Comel tak? Maaflah kalau tak seberapa.. Sebenarnya Adobe Photoshop Cikgu di Spa Q rosak, tak dpt Install baru. Jadi terpaksa gunakan secara tradisional. Cikgu guna paint, Microsoft Word 2010 dengan Photoscape. Susah memang susah, tapi bak kata pepatah " Hendak Seribu Daya, Tak nAk Ya Sudahlah.." Hehe.. Kan3?  Berikut merupakan beberapa header yang Cikgu telah hasilkan tapi tak terpilih:


Header 1

Header 2

Header 3

Header 4

Header 5 ( Menjadi pilihan hati)



Alamak lupa mo bagitaw yang blog ni sudah tukar nama dari " Ada Apa Dengan A" ke " Ini Diari Cikgu A+" Maw nampakkan ke"cikguan" tu bah..hehe, Jangan Risau, sudah buat among-among(kenduri kecil) untuk pertukaran nama ni sekali doa selamat.. Maaf tak jemput ya.. Lain hari Cikgu jemput ya!


Seterusnya, Cikgu nak Bagitaw.. Cikgu ada beli Phone.. Phone Jenama Shoutbox Angry Bird.. eH, cikgu tak beli.. tapi adik Wan Hazel yang belanja Cikgu.. Baikkan dia.. Housing dia pun Wan Hazel yang belanja..  Kalau nak, pergilah website dia.. Google jak nama dia, confirm akan keluar.. Selamat Mencuba! Tapi yang ajar Cikgu guna phone ni Cik Lyssa kita.. Lepas ni, rajin-rajinlah hantar sms ya.. Phone Cikgu ni xperlu nak top up2.. SMS jak..=)
pesanan: kalau dah hantar sms tapi xdapat tutup balik, cuba kecilkan screen ya.. dah tutup baru besarkan balik.. Maaf atas kesulitan. Nanti Cikgu pg Kursus buat phone sendiri ya..(Tunggulah kalau A...photoshop Cikgu dah ada..hehe)


Handphone Cikgu..


Pastu Cikgu nak bagitaw cikgu ada reka button untuk link ke page-page tertentu. Gambar Cikgu ambil dari blog Mr. Fiz. dengan keizinan darinya. Untuk hasilkan button tu, Cikgu edit-edit sikit supaya tak tertayang gambar semata. Rajin2kan diri ya melawat jabatan-jabatan Diari Cikgu ni..hehe.. Hasilnya..


Ini Link Untuk Ke Profile Kami. Kalau nak berkenalan dengan Cikgu-cikgu A+ ni jangan lupa klik button kat tepi tu ya.. Faham? Dah faham? Bagus.. Bijak2.. =)

Ini Link Ke Gedung Ilmu.. Untuk adik2 guru pelatih bolehlah ambil nota dari sini. Jangan malu jangan segan. Ilmu untuk dikongsi!


ni link untuk ke page petua Cikgu.. Macam-macam ada.. Ada petua belajar, petua kesihatan, kewangan dan Macam2 lagi..=)

Selamat melancong ya..!


Seterusnya, nampak tak kotak susu dengan hati tu? Itu link untuk ke halaman utama.. =)





Apa lagi ya? Oh ya, Kat ruangan komen pun Cikgu dah touch up sikit.. Cubalah tengok sendiri ya.. Kalau nak tengok kenalah komen kan? Hehe..




Hm, perasan tak kelopak-kelopak bunga yang berguguran tu? Comel kan.. Siapa rindu musim bunga, datanglah blog ni. Pasti terubat Rindu di hati..Chewaah! Hehe..




Lagu pun dah tukar.. Cikgu tak mampu nak bayar gaji penyanyi2 popular ni.. Jadi Cikgu upah budak-budak untuk nyanyi tiap kali pelawat masuk kat dlm blog ni. Walaupun budak-budak, nyanyian diorang sedap dan lagu yang dibawakan mempunyai mesej yang bermakna.. " Teman Sejati" 


Last sekali nak cakap..

" KAMI BANGGA MENJADI GURU!" 



p/s: Banyak-banyak Istighfar, takut wujud perasaan riak.. Naudzubillah.. Jauh2kan..





JANGAN LUPA "LIKE" & FOLLOW OK.. SAYANG KAMU.. ^_*


Panduan Kewangan 1 : Bagaimana Nak Berjimat

Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?
Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!

Bercermat atau berjimat cuma bermaksud mengurus demi untuk menyimpan. Bermakna, anda mendapat sebanyak mungkin duit anda. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan di sini kami tegaskan yang bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang-orang Hokkien.


Bagaimana saya boleh Bercermat atau Berjimat?

Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit dan di bawah adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda berhemat dengan wang Ringgit anda:

* Kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda:
1. Adakah saya betul-betul perlukan ini?
2. Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
3. Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?

* Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda – tidak menggunakan kereta (aduh!) dan jimat duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insuran kereta dan tol atau, cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah.

* Kurangkan penggunaan – tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.

* Kurangkan sampah – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat (jika dibenarkan, buat catatan tanpa kertas!) dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.

* Guna semula atau Kitar semula – jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menanam sayur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit!

* Jadikan barang bertahan lebih lama – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.

* Cari kegunaan baru untuk barangan lama – cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula!

* Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli

Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:

* Cari hiburan yang percuma atau murah.
* Berkongsi dalam pembelian yang besar
Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik.


* Bertukar barangan atau perkhidmatan.
Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu, anda mungkin memulakan satu lagi “eBay”!






sumber AKPK

Tips ICT 1 : Menjaga Privasi Di Alam Siber

1 Simpan data peribadi kamu seperti e-mel, rekod ‘chatting’, gambar dan video dengan selamat. Gunakan kata kunci atau ‘password’ yang mempunyai kombinasi huruf dan nombor atau kamu mungkin juga mahu menguncinya dengan lebih selamat (dikenali sebagai encryption). Banyak perisian yang membolehkan kamu melakukan perkara ini, supaya kata laluan kamu tidak dapat dileraikan dengan begitu mudah.

2 Fikirkan beberapa kali sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi kamu di Internet. Gambar tersebut mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan kamu. Banyak cara lain untuk kamu berkongsi gambar-gambar peribadi bersama keluarga dan rakan-rakan yang jauh.

3 Berseronoklah dengan teknologi. Belajar lebih banyak bagaimana laman-laman web yang kamu lawati itu berfungsi, siapakah orang yang bertanggungjawab untuk laman web tersebut supaya kamu tahu siapa yang perlu dihubungi jika mahu menghantarkan sebarang aduan. Lebih banyak yang kamu tahu tentang teknologi terkini, kamu mampu mengurangkan risiko pendedahan di Internet.

4 Paling penting sekali, kamu perlu bijak mengawal privasi antara diri kamu dengan keluarga, rakan-rakan, pasangan dan juga majikan kamu. Berbicaralah secara terbuka dan pastikan mereka memahami hak kamu untuk mengekalkan privasi. Mempercayai dan menghormati hak masing-masing adalah kaedah terbaik untuk mengadakan komunikasi secara online!


 
Berikut adalah tips bagi pengguna yg mempunyai Rangkaian Sosial (Facebook, Twitter, My Space dan lain-lain)

5 Semuanya umum - pastikan kamu tidak memasukkan segala maklumat di dalam laman web sosial kamu kerana apa yang dipaparkan akan menjadi terbuka kepada umum. Ketahuilah setelah kamu masukkan data peribadi ke dalam web, kamu pasti tidak dapat mengawalnya.

6 Seperti perjanjian - jika kamu menggunakan rangkaian social walaupun kamu cuba menjadi orang yang tiada nama (anonymous), kamu tetap dapat dikesan kerana kadang kala tanpa disedari kamu telah mendaftarkan maklumat tentang diri sendiri. Secara tidak langsung juga kamu terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang telah pun kamu persetujui.

7 Tak semuanya jujur dan benar - kamu mesti tahu bahawa tidak semua yang ada dalam Internet itu adalah benar dan betul. Mungkin juga ada yang meletakkan gambar orang lain dalam akaun Facebook mereka. Malah, ada juga yang sanggup menipu perihal diri sendiri semata-mata ingin mengaburi mata sesetengah pihak.

8 Tapis diri sendiri - pastikan apa yang ditaipkan dalam laman web itu tidak mengganggu gugat orang lain. Jangan sesekali taburkan fitnah atau lepaskan geram terus kepada individu tertentu. Ini untuk mengelakkan perkara-perkara salah faham berlaku. Berkiaslah jika perlu.

9 Tidak semua perlu tahu - kamu tidak perlu memasukkan segalanya ke dalam web. Pastikan maklumat yang kamu sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak. Jika ia merupakan maklumat dalaman kamu, jangan keluarkannya. Begitu juga dengan maklumat sensitif yang perlu dirahsiakan.


Terapi Pernafasan



Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya
sama untuk menghirup dan membuang nafas?Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya - sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan 
( mengeluarkan sejuk). Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah 
melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh. 
Jika Anda merasa penat, lakukan terbalik-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan 
bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan 
segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk.
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah.
Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana 
yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?

Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat penat. 
Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk 
bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik 
diterapkan kepada orang dewasa.
Selalulah mencuba terapi pernafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali 

Petua Belajar 1

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:




Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. 

Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
kita ingat 10 % apayang dibaca
kita ingat 20% apa yang didengar
kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
kita ingat 90% setelah dipraktikkan 

Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. 

Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang 
-kurangkan gangguan bunyi 
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar 
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum
Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
Tahu teknik merangsang memori:
memasukkan maklumat dalam memori (registration)
menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
mengingat kembali (recall)
menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
Sentiasa awal dan mendahului:
persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
Mempunyai teknik membaca yang betul:
duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
memberikan tumpuan sepanuhnya
menggunakan jari telunjuk untuk membaca
menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
Tahu petua mengulang kaji
cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
duduk tegak dikerusi yang selesa
baca doa penerang hati
baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
fikir dan ingat kembali isi utama
catat/lakar
semak semula ketepatan maklumat
ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
buat rumusan
jawab soalan
tampal maklumat yang rumit di dinding
baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
Tahu petua-petua agar tidak lupa:
jangan makan kepala ikan
jangan makan organ dalaman
jangan minum semasa makan
jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
jangan melihat kemaluan
jangan melihat buih
jangan membaca nama pada batu nisan
banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
banyakkan makan kismis, kurma dan madu
banyakkan makan kekacang
pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
jangan makan sehingga terlalu kenyang
jangan kencing berdiri
Tahu kemahiran mengingat:
tampal nota-nota penting di dinding
tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
gunakan kaedah akronim
reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
Cekap mengatur jadual belajar:
mempunyai jadual belajar
patuh kepada jadual
buat jadual yang boleh diikuti
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
Pelbagaikan tempat belajar.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
taat kepada Allah
mendirikan sembahyang
menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
hormati & sayangi guru
bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
membantu rakan yang memerlukan
berdoa dan bersyukur kepada Allah
sentiasa bertawakal
mahir dalam setiap mata pelajaran


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...