Wednesday 26 October 2011

Kami Anak Merdeka!!!!!!!!


Assalamualaikum, salam 1 Malaysia, dan salam 1 Ummah,,

Maaf, kami semua sangat sibuk dengan pelbagai program. Baru hari ni dapat update blog comel loteh ni..ehehe..

Kami anak Merdeka? Ya, kami memang anak merdeka..=)
Sebab..jom ikuti kisah lagenda di bawah ni..

masa Hari Malaysia..credits to Papa google..^_^

Pada  6 September 2011 yang lalu, kami terpilih untuk menjadi peserta KOIR KEMERDEKAAN..Alaa, yang buat "Human Graphic" tu..Bertuahlah sangat sebab antara ramai2 budak IPG, kami dan 2 kelas lagi
terpilih untuk menjayakan Hari Malaysia.






Topi budak2 Koir IPG
credits to Asraff Benjamin
.
Pagi, petang, siang, malam kami berlatih dekat Dataran Merdeka.. Sebelum subuh lagi dah bertolak untuk buat latihan.. Dengan menggunakan jaket biru merah dan baju T-shirt 1 Malaysia warna kuning dan putih kami berjaya membuat pelbagai formasi.. Maaflah, tak banyak gambar nak tunjuk..
masa ni kami semua dikehendaki untuk mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyi ..

Setelah selesai program Hari Malaysia, kami kembali ke IB tercinta.. Orang kata, IB sunyi tanpa keberadaan kami di IB sepanjang 10 hari tu..eheh..terharunya..(orang yang kata, bukan kami yang kata)

Sampai2 jak, kami diminta untuk menghias kelas sempena Bulan Kemerdekaan.. Dengan ini, ketua kelas kami si Benny telah melantik Mash untuk mengetuai Hal Ehwal Keceriaan kelas. Bab2 kerja kelas ni, kami memang SEMANGAT!  Dalam pada masa yang sama juga, kami tengah membuat persiapan untuk Pameran Seni Visual & Interaktif Kraf.. Memang full sangat time table kami semua.. Macam-macam tugasan.. Belum lagi cerita pasal assignment..

It`s okay, it`s Alright..Come on oren fight! fight! fight! (dgn mengikut nada)^-^
Bayangkan, sehari sebelum penilaian kelas itu baru kami semua bertungkus lumus menghias kelas.. Baru ada masa, itupun kena korbankan masa rehat.. Tak apa, kalau nak jadi pendidik berwibawa kenalah berkorban sedikit..Kan3? Hehe.. Jadi, ceritanya budak2 oren pun masing2 datang membawa peralatan yang diperlukan untuk menghias kelas.. Bertemankan sang hujan, kami semua asyik membuat kerja masing-masing..

Alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai cabaran..akhirnya semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, kelas kami PPISMP 3A telah menjuarai pertandingan keceriaan... Kami tak sangka hasil kerja sehari mengangkat kami hingga ke peringkat ini..  Sejujurnya, kami tak menjangkakan kemenangan... Kami buat ni semua dengan sepenuh hati kami..Syukur..^_^

Nak tengok tak kelas kami?  Jom layaaanz..^_^






Pesanan Khas Dari Penaja: Banyakkan berzikir Astaghfirullahalazim.. InsyaALLAH hati akan tenang dan mudah menerima Ilmu serta mengelakkan sifat " RIAK" di dm hati.. Naudzubilllah.. =)

2 comments:

  1. IPRM takde ke dalam poster tu ? sbb iprm pon terlibat same

    ReplyDelete
  2. @Anonymous Oh yakah.. Maaf, ingatkan suma IPG dah ada.. Gmbr tu pun Saya copy gambar dari junior.. Xpa IPRM tetap utuh di hati walaupun x terlakar dgn pena..hehe. Dun worry k!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...